Islamic Widget

Wednesday, February 3, 2010

Ada kawan berbicara...

Ada kawan bertanya, why u send ur child to expensive school? It's only pre-school..why waste money...U know, pre-school is the most important stage where the child mind develop..hah..tau pun..kita jawab..kita survey and due to certain privilegde and current conditions kita choose that school..tapi primary n secondary kita still believe in government school...and the systems..the government educational system and policies..I wont be sending my kids to private school...I want to grab the oppoturnity to send them to boarding school.I believe in boarding school...because I'm the result of it. Kawan kata...dia tau....boarding school bagus...tapi dengan keadaan sekarang dimana dia mampu memberi yang terbaik dari segi kemudahan pembelajaran kepada anak dia...dia rasa dia patut beri seat bording school kepada budak2 miskin yg takde kemampuan...yang tak dapat pay for tuition...biarlah anak dia tak pergi boarding school...at least tempat anak dia dapat kat orang yang tak mampu...
Maka...kita pun tertanya-tanya dalam kepala..kompemke..tempat yang anak dia lepaskan akan dapat kat orang miskin....dalam keadaan dunia ..or malaysia specifically...dengan wayar..kabel atas bawah tanah...urat-urat jalur lebar berselirat nih...ramai yang tak patut masuk boarding school pun dapat tempat...sebab mak bapak knows somebody inside...
Hmmmm...kawan question somemore...why educational system of boarding school nowadays does not give priviledge and priority to poor students that excell anymore... How to answer..it's todays trend where money is everything...yang kaya lagi beruntung sebab ada kabel...yang miskin makin mundur...Who to change the trends...when it's already being set.
Kata pakar motivator,..zaman dulu...parents bagi perahu kayu je..untuk bekal perjalanan hidup...tapi zaman sekarang kalau bagi perahu kayu kompem baru nak belayar dah tumbang kena pukul gelombang yang dah macam tsunami...tak macam dulu..ombak sipu-sipu malu je...nak ikut peredaran zaman mak bapak komang-komang kena bekalkan speedboat yang tahan badai...and enjin motor power bagai...takleh nak bekal pendayung kayu je dah....kompem anak awak tengelam dalam lautan dalam...
So kita pun berfikirlah... kalau dia mampu masukkan anak dia dalam boarding school because he knows and believe it will provides quality educational session why would he denied it...niatnyer ikhlas..nak kasi can budak-budak tak mampu..tapi siapakah kita yang tau kompem dapat kat mereka2 itu.... kalau ada kemampuan bekalkanlah anak-anak dengan segala kemudahan yang kita mampu..something sometimes need to be selfish..jika kita mau anak kita maju...itu rasa kita lah...orang lain tak tau...lain rasa...lain pendapatnyer,tak gitu..hehe..

Lelaki dan Kepompong Kupu-Kupu..

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…

Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?

Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

Doa Seorang Isteri....

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin Ya Rabbi Allamin..

Monday, February 1, 2010

Zorro,Robin Hood..& Orang asli....

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang

berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit… “I AM ZORRO… ..”

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter.
Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan eksennye jugak… . si Robin Hood kata… . ”

I AM ROBIN HOOD… … … … ”

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.

Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP… … … … .!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata… … .

… … “I AM SORRY… .!!”

Kenangan Terindah...era 80an..

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?… .hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah…

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt… program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan… kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu… ada yang suka stoking tebal laaa…

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ‘Ti Kam’. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh…

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa…

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’, main kejar2 duduk…

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm… budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ‘We Are the World, We Are the Children… ‘ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg tau, yg Westlife nyanyi… .bkn Billy Joel nyanyi…

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun ‘Atari’ dgn ‘Game & Watch’.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih… . dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone…

hmm… jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu…

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa… hehehe

Hitam putih Kehidupan..

Baik atau buruknya kehidupan,
Kita sendiri Yang Corakkan,
Memanglah semuanya takdir TUHAN,
Tapi TUHAN tak suruh dok diam berpeluk tangan...
Kena ada usaha dan jalan,
Barulah sesuai ngan fitrahnya insan,
TUHAN dah beri akal dan fikiran,
Pandai-pandai sendiri ler camne nak gunakan...
Semakin hari masa semakin berkurangan,
Semua orang saling berkejaran,
Kalau kita tak ikut peredaran,
Alamatnya pasti ler kita ketinggalan...
Berhati-hati ler agar tak tersilap jalan,
Mentang-mentang lerr dunia banyak pilihan,
Kau main ambik jerr sebarangan,
Tanpa ambil kira catitan Malaikat Kiri dan Kanan....
Berkat usaha ditambah ngan kesungguhan,
Yakinlah kan beroleh kejayaan,
Tapi biar lerr kena cara dan amalan,
Jangan buat apa yang dilarang oleh TUHAN.....

Saturday, January 30, 2010

Kerak Nasi Untuk Ibu....

Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cita padamu, ada yang mengatakan hanya kau yang kucinta di dunia.. tapi sayang .Orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita .. bukan kekasih.. yang hanya datang sekejap dalam hidup kita.. FIKIRKANLAH…

Itulah pengorbanan seorang ibu. Sedih.. Sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup.

Ini ada cerita dari seorang kawan. Cerita betul yang meyayat hati….

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,”Tak payah” katanya “Biar mak yang buat nanti lain rasanya”. Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan Aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku…” ahhh mak belum makan apa-apa semenjak
pagi kerana sibuk sediakan nasi tu”…seraya tu abang ku bertanya ’siapa tak makan lagi nasi ni’. Aku menjawab ‘ mak belum makan apa lagi tu’ Mak dengan bersungguh menjawab ” Ehh mak tak mau…tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi’…dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati.” Oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya” ..

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur..lantas aku tanya ‘mak nak apa..nak ambilkan.’.’ takpa nak rasa ni sikit’. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..

YA RABBI Engkau peliharalah Ibu, ampunilah dosanya, Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMIN….