Islamic Widget

Thursday, February 18, 2010

Batu Dosa..

Dua orang lelaki yg telah melakukan dosa mengunjungi seorang tua yang bijak dan meminta nasihatnya.

“Kami telah melakukan suatu dosa,” kata mereka.. “dan suara hati kami terganggu. Apa yang harus kami lakukan ?”

“Katakanlah kepadaku, perbuatan-perbuatan salah mana yang telah kamu lakukan, Anakku,” kata orang tua tersebut dengan tenang.

Lelaki pertama mengatakan ,”Saya melakukan suatu dosa yang berat dan menyesalinya. Saya berhenti dari melakukannya”

Lelaki kedua berkata,”Saya telah melakukan beberapa dosa ringan, yang tidak perlu dirisaukan sangat…”

“Baik,” kata orang tua bijak tersebut, “Pergilah dan bawalah kepadaku seketul batu untuk setiap dosa yang telah kamu lakukan !”.

Lelaki pertama kembali dengan memikul sebuah batu yang amat besar. Lelaki kedua dengan senang membawa satu karung berisi batu-batu kecil.

“Sekarang,” kata orang tua itu, “Pergilah dan kembalikan semua batu itu tepat dimana kamu telah menemuiya!”.

Lelaki pertama mengangkat batu besar itu dan memikulnya kembali ke tempat dimana ia telah mengambilnya. Lelaki kedua tidak dapat mengingat lagi tempat dari setengah jumlah batu yang telah diambilnya, maka ia menyerah saja
dan membiarkan batu-batu itu berada di dalam karungnya.

Katanya, “Itu pekerjaan yang sukar utk dilakukan!”

“Dosa itu seperti batu-batu itu,’ kata orang tua dengan lembut, “Jika seseorang melakukan suatu dosa berat, hal itu seperti sebuah batu besar dalam suara hatinya, tetapi dengan penyesalan yang sejati, memohon ampun dan mengakui kesalahan, bertaubat bersungguh2, menghentikan dari terus-menerus melakukan kesalahan yg sama, maka kesalahannya diampuni seluruhnya oleh Tuhan. “

Tetapi lelaki yang terus menerus melakukan dosa-dosa ringan dan tahu itu salah, namun semakin membekukan suara hatinya dan dia tidak menyesali sedikitpun, maka ia tetap sebagai seorang pendosa. Dia sulit membuang
batu-batu itu kembali ke tempatnya dan terus menerus membawanya seumur hidup.

“Maka ketahuilah,anak-anakku,” nasihat orang tua itu, “adalah sama untuk menolak dosa-dosa ringan seperti menolak dosa-dosa berat !”

Syair di atas Perkuburan...

Seorang soleh bercerita bahawa pada suatu hari diadatang ke sebuah desa dan melihat tiga kuburan sebaris di tempat yang berdekatan. Dia tertarik terhadap ketiga-tiga kuburan tersebut kerana di atasnya ada tertulis beberapa rangkap syair. Pada kubur pertama tertulis syair: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya merasa seronok dan lazat dalam hidupnya? Dia akan menyeksa orang yang zalim dalam hidupnya dan akan membalas baik orang yang baik amalnya

Pada kubur kedua tertulis: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang meyakini kematian akan datang merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba kematian akan menghempapnya dengan kerajaan yang besar dan megah dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit sememangnya dia adalah calon penghuninya

Pada kubur ketiga terdapat syair: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur di sanalah pemuda akan digugat kedudukannya wajah jelita yang yang dibanggakan akan lenyap serta merta tinggallah badan dan anggota menanggung seksa

Orang soleh tadi pergi kepada seorang tua yang banyak tahu tentang cerita desanya.“Wahai Syeikh! Aku melihat sesuatu yang ajaib di dalam desamu ini.” kata orang soleh. “Apa itu?” tanya Syeikh.“Aku berjumpa dengan tiga pusara yang masing-masing di atasnya tertulis beberapa syair.” kata orang soleh sambil membacakan kandungan syair-syair yang telah dilihatnya.

“Sebetulnya cerita ketiga-tiga ahli kubur tersebut lebih ajaib daripada rangkap-rangkap syair yang kamu lihat di atas kuburnya.” “Apa itu,? Sila ceritakan kepadaku.”

Syeikh menceritakan bahawa penghuni ketiga-tiga kubur itu adalah tiga orang adik beradik yang pekerjaannya berlainan. Yang pertama seorang zuhud, yang kedua seorang gabenor yang berkuasa dan yang ketiga seorang saudagar kaya. Walaupun berlainan profesi, ketiga-tiganya hidup rukun dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Suatu ketika saudara yang zuhud sakit, dan apabila dirasa bahawa ajalnya sudah hampir, berkumpullah kedua-dua suadaranya yang lain sambil menanyakan halnya. Mereka menawarkan kepada si zahid untuk mensedekahkan hartanya bagi kepentingan saudaranya yang hampir meninggal itu. Akan tetapi dia menolak. “Aku tidak berhajat kepada hartamu. Akan tetapi aku minta kepadamu berdua agar berjanji kepadaku akan sesuatu yang tidak akan kamu mungkiri selepas kematianku nanti.” “Boleh, sila katakan, apa hajatmu?”

“Apabila aku mati, kamu mandikan, kafankan dan solatkan mayatku. Setelah itu kamu kebumikan di bumi yang agak tinggi. Setelah itu tuliskan di pusaraku itu dua rangkap syair ini: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya merasa seronok dan lazat dalam hidupnya Dia akan menyeksa orang zalim dalam hidupnya dan akan membalas baik orang yang baik amalnya.“Selepas itu hendalah engkau berdua datang ke kuburku setiap hari dan baca syair itu, semoga ia akan menjadi pengajaran bagimu berdua.”

Setelah berwasiat demikian, dia pun meninggal dunia. Dua adik beradiknya melaksanakan apa yang diamanahkan kepadanya. Setiap hari kedua-duanya datang dan membaca syair itu sehingga menangis. Adik yang menjadi gabenor datang dengan mengenderai kuda bersama askar-asakarnya. Dia berdiri di sisi kubur abangnya sambil membaca syair tersebut dan menangis kerana kandungannya mengena pada dirinya. Pada hari ketiga, dia datang lagi sebagaimana biasa sambil diiringkan oleh askar-askaranya, lalu berdiri di sisi pusara membaca syair dan menangis. Apabila dia akan pulang, tiba-tiba mendengar bunyi benturan yang kuat dari dalam kubur yang menyebabkan hatinya gementar. Kemudian pulang dengan perasaan takut, gementar dan risau.

Pada sebelah malamnya pula dia bermimpi melihat abangnya datang. “Wahai abangku, bunyi apa yang aku dengar dari dalam kuburmu semalam?” “Itulah bunyi pukulan terhadap ahli kubur yang zalim. Dikatakan kepadaku: “Kamu lihat orang zalim itu? Mengapa engkau tidak menolongnya?” jawab abangnya. Sebaik saja terjaga dari tidurnya, si gabenor itu resah dan dipenuhi rasa takut dan gementar yang berterusan. Dia segera memanggil saudaranya yang menjadi saudagar dan menceritakan tentang mimpinya. “Wahai saudaraku, aku yakin bahawa Allahyarham tidak berwasiat agar menuliskan rangkap syair itu di atas pusaranya melainkan hanya untuk memberi peringatan kepadaku.” kata gabenor kepada saudaranya yang menjadi peniaga.

Kemudian dia berkata kepada para pegawai dan orang-orang yang ada disekitarnya: “Aku persaksikan kepadamu semua, bahawa mulai saat ini aku sudah bukan pemimpinmu lagi buat selama-lamanya.” Dia meletak jawatan serta merta buat menumpukan sisa-sisa hidupnya semata-mata untuk beribadah kepada Allah sambil mengembara ke bukit-bukit dan perkampungan sehingga ajal datang menjemputnya di hadapan sebahagian bekas rakyatnya.

Pada hari-hari terakhir sebelum kewafatannya,saudaranya yang menjadi peniaga telah mendengar kabar mengenai bekas gabenor itu. Dia segera datang ketempatnya untuk menanyakan apa-apa yang diperlukan. “Sila berwasiat wahai saudaraku!” kata si saudagar. “Apa yang akan aku wasiatkan. Aku sudah tidak punya apa-apa harta untuk diwasiatkan. Hanya saja aku minta kepadamu agar mahu berjanji untuk melaksanakan sesuatu setelah kematianku nanti.” “Boleh, Sila katakan.” “Apabila aku mati nanti, kuburkanlah di samping kubur saudaraku dan tulislah di atas pusaraku syair ini: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang meyakini kematian akan datang merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba kematian akan menghempapnya dengan kerajaan yang besar dan megah dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit sememangnya dia adalah calon ahlinya “Hendaklah engkau berziarah ke kuburku selepas tiga hari dari kematianku dan berdoalah kepada Allah semoga Dia merahmati arwahku.”

Setelah berwasiat demikian, bekas gabenor itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saudaranya segera
menyempurnakan pengurusan mayatnya sehingga selesai dikuburkan.

Sebagai memenuhi janjinya, dia menulis syair yang telah ditentukan di atas pusara saudaranya itu, kemudian pulang. Tiga hari selepas pengkebumian, si saudagar datang berziarah ke kubur saudaranya dan berdoa kepada Allah semoga arwah saudaranya dicucuri rahmat. Apabila dia membaca syair yang tertulis di pusara saudaranya itu, dia pun menangis kerana sagat terkesan akan maksudnya. Setelah itu, dia pun bersiap sedia untuk pulang, tapi tiba-tiba terdengar bunyi gegaran yang sangat hebat dari dalam kubur sehingga membuatnya terperanjat dan hampir-hampir tidak sedarkan diri. Dia pun pulang dalam keadaan sangat ketakutan. Pada sebelah malamnya, dia bermimpi melihat saudaranya yang telah meninggal dunia datang menghampirinya. “Wahai saudaraku, engkau datang menziarahi kami?” “Ya. Selepas ini tidak ada ziarah lagi. Aku telah tenang dengan rumahku yang baru.

“Bagaimana keadaanmu sekarang?”
“Alhamdulillah baik.”
“Bagimana keadaan abang kita?”
“Dia berkumpul bersama umat-umat yang baik.”
“Apa pesan engkau kepadaku?
“Barangsiapa yang telah melakukan sesuatu, dia akan mendapatkannya. Oleh itu, jagalah waktu hidupmu sebelum datang masa matimu.” kata saudara yang telah mati.”

Sejak itu, si peniaga mengasingkan diri dari urusan dunianya dan hatinya sentiasa ingat pada mati. Harta kekayaannya dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin dan dia sendiri menumpukan hidup beribadah kepada Allah. Anaknya yang sudah jadi seorang pemuda yang segak badan dan bagus wajahnya juga bekerja sebagai peniaga yang berjaya. Beberapa masa telah berlalu. Ajal bekas saudagar yang telah jadi sufi itu pun hampir menjemputnya.

Saudara mara dan anaknya telah berkumpul. “Berwasiatlah sesuatu wahai ayah.” kata anaknya. “Wahai anakku! Ayahku sudah tidak punya apa-apa harta untuk diwasiatkan. Akan tetapi hanya minta kepadamu agar berjanji untuk melakukan sesuatu selepas kematianku.” “Boleh, boleh. Sila katakan wahai ayah.” “Apabila aku mati, kuburkan di dekat kubur bapa-bapa saudaramu dan tuliskan syair pada pusaraku: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur di sana kedudukan pemuda akan digugat wajah jelita yang dibanggakan akan lenyap serta merta tinggallah badan dan anggota menanggung seksa.

“Kemudian hendaklah engkau berziarah ke kuburku sehingga tiga hari. Berdoalah kepada Allah semoga Allah mencucuri rahmat kepadaku.” “Insya Allah, saya akan melakukannya.” jawab si anak.

Setelah dia meninggal dunia, anaknya segera melakukan semua yang diamanahkan kepadanya. Dia berziarah ke kubur ayahnya setiap hari sambil berdoa untuk ayahnya dan membaca syair yang tertulis di pusaranya. Pada hari ketiga dia mendengar suara dari dalam kubur yang sangat menggerunkan dan membangkitkan bulu roma dan memucatkan muka. Dia pulang kepada keluarganya dalam keadaan takut dan gementar. Pada sebelah malamnya pula, dia bermimpi melihat ayahnya datang sambil berkata: “Wahai anakku! Sesungguhnya engkau berada sangat dekat denganku, duniamu sudah berada di penghujungnya dan maut lebih dekat dari itu lagi. Oleh kerana itu bersiap sedialah engkau untuk menempuh perjalananmu dan periksalah keadaan kenderaanmu. Alihkan perhatianmu dari melengkapi isi rumah yang engkau tempati sekarang pada rumah yang bakal engkau tempati buat selama-lamanya. Janganlah engkau tertipu seperti orang-orang sebelummu yang telah tertipu oleh keinginan pada harta sehingga tidak sempat membuat persediaan untuk pergi. Akibatnya, mereka menyesal yang tidak berkesudahan setelah mati. Padahal penyesalan ketika itu sudah tidak ada maknanya lagi. Wahai anakku! Segera laksanakan, segera laksanakan!.”

Mimpi pemuda terhenti, kerana dia terjaga dari tidurnya dalam keadaan terkejut dan takut serta faham apa yang akan terjadi pada dirinya. Pada sebelah paginya dia pun segera mengerjakan apa-apa yang perlu. Semua hutang-hutangnya dijelaskan, hartanya disedekahkannya kepada fakir miskin. Pada pagi hari ketiga dari hari bermimpi, dia memanggil semua keluarganya dan anaknya kemudian berwasiat dan mengucapkan salam. Setelah itu dia menghadap Kiblat, mengucapkan dua kalimah Syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Orang ramai datang berpusu-pusu menguruskan mayatnya dan berziarah ke kuburnya serta berdoa di sana.

Wednesday, February 17, 2010

Rahsia Solat Awal Waktu....

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh,
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di ' kurniakan ' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya

Gap between us...

As usual today while browsing around, come upon a friend's post regarding nowadays trend of putting kids priority againts all. Sadly, the trend also being adopted by me..ME..After so much thought, my mind wonder...what is wrong with nowadays trend. Materialistic is the utmost priority in everyday life..as the stayed connected article described , we were never..enough with what we have...Always in the race of be in top of today's trend...latest gadgets...hippest lifestyle,...trendiest holiday destinations... The obsession to cope with the lifestyles have resulted in making the social gap wider...Believe it or not Malays are the most visible in term of differences between the rich and the poor..Malay are once be consider average and medium class people now are gracing the world of opportunity while some are forever being left behind..What's wrong if I may asked When a 4 years old were having a birthday party at Marriott's with a Prom Night theme...How grand would it be...Look at my own child birthday party..I still think it's quiet lavish...but then ...the boss said "anak 2 je".... then nak cakap apa...
When I put food in my mouth...,my mind wonder..."what's my mum eats today" still she's fortunate enough to still live in peaceful country....without being over the top we still can eat decent food..what about unfortunate one...what do they eat today?... Is there any point of my mumbling....I'm lost tonight...Being caught of guard actually by the lavish lifestyle that also being part of mine...Hmmmmmm nauzubillah...

Tuesday, February 9, 2010

Chance and choices..

Some people believe that there is more than one soulmate for each of us. You are lucky if you bump into one in this lifetime. You are even luckier if you bump into a few in this lifetime. Then again, you may not even bump into any of them in this lifetime...
Twinflame on the other hand, is just one. We may or may not meet our twin flame...
Have you ever thought that you have actually bumped into your soulmate but then decided to go on separate ways? Not even parallel...
but rather separate lives...choice or chance?

Something for us to ponder...

When we meet the right person to love, when we're at the right place at the right time...that's chance.

When you meet someone you're attracted to, that's not a choice...that's chance.

Being caught up in a moment (and there are a lot of couples who get together because of this) is not choice...that's also a chance.

The difference is what happens afterwards. When will you take that infatuation, that crush, that mind-blowing attraction to the next level? That's when all sanity goes back, you sit down and contemplate whether you want to make this into a concrete relationship or just a fling.

If you decide to love a person, even with his faults, that's not a chance...that's choice.

When you choose to be with a person, no matter what....that's choice.
Even if you know there are many people out there who are more attractive, smarter, and richer than your mate, and yet, you decide to love your mate just the same...that's choice.

Infatuation, crushes, and attraction come to us by chance. But true love that lasts is truly a choice. A choice that only we can make.

Regarding soulmates, there's a beautiful movie quote that I believe is so true about this: "Fate brings you together, but it's still up to you to make it happen."

I believe that soulmates do exist, that there is truly someone made for you. But it's still up to you to make the choice if you're going to do something about it or not. We may meet our soulmates by chance, but loving and staying with our soulmate is still a choice we have to make.

"We came to the world not by finding someone perfect to love, BUT to learn to love an imperfect person perfectly"

Stay Connected Syndrom..

I am sure you all must have experienced what I'm going to talk about here... and I got this from Nalini's article..

Yesterday, I was driving, and the FM radio went off for few seconds. I
thought, I should have an iPod. Then suddenly I realized that I have not
used my iPod in last 6 months. And then more things, Handy cam in last 2
years, Digital Camera in last 2 months, DVD player in last 1 month and
many more. Now I can say that I bought that Handy cam just out of
impulse, I have used it twice only in last 4 years.

So, whats wrong and where? When I look at myself or my friends I can see
it everywhere.We are not happy with what we have but all are stressed and
not happy for the things we dont have. You have a WIRA, but you want
City, You have a City, but you want BMW. Just after buying a new phone,
we need another one. Better laptop, bigger TV, faster car, bigger house,
more money. I mean, these examples are endless. The point is, does it
actually worth? Do we ever think if we actually need those things before
we want them?

After this, I was forced to think what I need and what I dont. May be I
didnt need this Handy cam or the iPod or that DVD player. When I see my
father back at home. He has a simple crt color tv, he doesnt need 32"Sony
LCD wall mount. He has a cellphone worth RM300. Whenever I ask him to
change the phone, he always says Its a phone, I need this just for
calls.And believe me; he is much happier in life than me with those
limited resources and simple gadgets. The very basic reason why he is
happy with so little is that he doesn?ft want things in life to make it
luxurious, but he wants only those things which are making his life
easier. Its a very fine line between these two, but after looking my
fathers life style closely, I got the point. He needs a cell phone but!
not the iPhone. He needs a TV but not the 32"plasma. He needs a car but
not an expensive one.

Initially I had lot of questions.

I am earning good, still I am not happy...why ?

I have all luxuries, still I am stressed........... why ?

I had a great weekend, still I am feeling tired...... why?

I met lot of people, I thought over it again and again, I still don?ft
know if I got the answers, but certainly figured out few things. I
realize that one thing which is keeping me stressed is the stay
connected syndrome. I realized that, at home also I am logged in on
messengers, checking mails, using social networks, and on the top of
that, the windows mobile is not letting me disconnected. On the weekend
itself, trying to avoid unwanted calls?c and that is keeping my mind
always full of stress. I realized that I am spending far lesser money
than what I earn, even then I am always worried about money and more
money. I realized that I am saving enough money I would ever need,
whenever needed. Still I am stressed about job and salary and spends.

May be, many people will call this approach not progressive attitude,
but I want my life back.Ultimately its a single life, a day gone is a
day gone. I believe if I am not happy tonight, Ill never be happy
tomorrow morning. I finally realized that meeting friends, spending
quality time with your loved ones; spending time with yourself is the
most important thing. If on Friday you are alone and you don?ft have
anybody to talk with, then all that luxuries life, all that money is
wasted. May be cutting down your requirements, re-calculating your future
goal in the light of todays happiness is a worthwhile thing to do. May
be selling off your WIRA and buying Honda City on EMIs is not a good
idea. I believe putting your happiness ahead of money is the choice we
need to make.

I think, a lot can be said and done but what we need the most is
re-evaluation of the value of happiness and time we are giving to our
life and people associate with it.

Monday, February 8, 2010

Bila Rindu bertamu...

Saat rindu memuncak...semua rasa bagai tersentap..dalam hati ada dia.. dalam jiwa ada dia, dimata ada dia...sesak nafas..senak dada...tak terucap rasa.... Airmata for sure mengalir tak tentu hala... Semua kenangan start merobek rasa...Every moments...every seconds together....terbayang-bayang dalam kepala...Mind dah tepu cuba mengingati bau dia...raut wajah dia...setiap kedut kat muka...gelak tawa dia.....Kalau dapat ditadah airmata dah cukup nak pinang Puteri Ledang dah agaknya...Sihat ke dia...? Dah makan ke dia... ? Cukup tido ke dia...? Bahagiakah dia... Sure dia pun ingat kat kita....Tapi apa kan daya...masa menuntut pergorbanan tak terjumpa lagi kita....Nak diikutkan rasa...sekarang jugak kita terbang kesana....baring diribanya....menumpang redup kasihnya...menyimpan erat senyum tawanya...
Cucu cicit dah seratadunia...dia masih disana....ada yang belum bersua pun muka...padahal bukan dihujung dunia....Sempatkah kita....
Harap pada takdir masih ada masa memeluk erat dirinya...jangan disesal sampai tak sudah... Hidup dia tak dihujungnya....menanti penuh setia...mana cucu kesayangannya......sekadar dapat dengar suara...Ya Tuhan...aku rindu padanya....
Berikanlah daku kesempatan menemui dia...