Islamic Widget

Saturday, January 30, 2010

Suatu Masa....

Arwah Ayah pernah berkata

" Sebuah Perjalanan takkan lengkap tanpa berbekalkan secubit perjuangan"

"Tapi perlu ke berjuang? Perlu ke terus berjalan kalau lorong yang bakal kita tempuh itu belum pasti berpenghujungnya…?"

" Kamu belum lalu, macamana nak dikatakan belum pasti…?"

Aku masih menunggu buah jawapan dari jawapan ayah…

"Sesuatu yang bakal kita tempuhi, kamu jadikan perjuangan….dan sesuatu yang kamu telah tempuhi, kamu jadikan ia sebagai pedoman sebuah perjalanan…"

Mata redup ayah memandang tepat muka aku yang terkaku-kelu….

"Dan di penghujung jalan perjuangan itu nanti, kamu akan sedar bahawa semua benda yang bersifat baru ada Awalan dan Akhirannya… Jadi, kenapa kamu perlu takut untuk berjalan….?"

No comments:

Post a Comment