Come across this story while reading....
Seorang suami tidak perlu malu dalam melakukan kerja2 rumah kerana Saidina Ali sendiri amat rajin dalam membantu Fatimah aplagi dalam keadaan Fatimah keuzuran...
Pada satu musim, Fatimah jatuh gering dan Saidina Ali kasihan melihatkan keadaan isterinya tercinta maka dia menyuruh Fatimah berehat. "Wahai Fatimah berehatlah, biarlah aku menyiapkan kerja-kerja rumah ini..."."Wahai suamiku, apakah kamu tidak keberatan, walhal kamu tidak pernah biasa melakukan semua kerja-kerjaku". "Tiada apa yang dapat ku tolong selain membantu mu dalam keadaan kamu begini ya Fatimah.." maka Ali pun terus melakukan semua kerja-kerja rumah dengan tekun sambil diperhatikan Fatimah dengan pandangan penuh kasih...
Selesai semua kerja Saidina Ali menghampiri Fatimah lalu bertanya" Ya fatimah, adakah apa-apa lagi yang kamu idamkan yang boleh ku usahakan agar kamu dapat segera sembuh..wahai isteriku..." Wahai kekandaku, adapun sejak 2-3 hari ini, aku ingin sekali akan buah delima"..Saidina Ali terus berkata" Wahai adindaku akan ku cari dipasar-pasar agar dapat ditunaikan permintaanmu"...Lalu saidina Ali segera ke pasar berdekatan...
Dalam keadaan wang yang mampu, Saidina Ali dapat membeli sebiji delima yang sangt merah dan besar...Dalam perjalanan balik, Saidina Ali terhalang dengan seorang peminta sedekah yang sangat uzur keadaannya..,"Wahai tuan sudah 3 hari aku demam dan belum memakan sesuap apa pun..tuan, kasihanilah saya"..Ali amat kesian melihatkan keadaan peminta sedekah itu maka dibelahnya buah delima yang baru dibeli tadi.
Sampai dirumah, Saidina Ali menyerahkan Separuh delima kepada Siti Fatimah. Siti Fatimah kehairanan.."wahai adindaku, aku harap dikau tidak kisah kerana sebahagian delima itu aku sedekahkan pada peminta sedekah yang sedang sakit dan sudah 3 hari tidak menjamah sebarng makanan..."Siti fatimah hanya tersenyum sambil memakan baki separuh delima tadi.
Dengan izin Allah, selang beberapa hari, Siti Fatimah bearnsur baik dan pada suatu petang, pintu rumah mereka diketuk orang.Saidina Ali membuka pintu dan di luar adalah Suffian(seorang sahabat nabi) sambil memegang dulang berisi 9 biji delima. "Wahai Suffian, untuk siapakah buah-buah delima ini dan dari manakah engkau mendapatnya.." Suffian tersenyum..sambil berkata"Wahai Ali, sesungguhnya ini adalah dari tuhanmu.." Saidina Ali mengerutkan dahinya..."Wahai Suffian, jika ini dari tuhanku maka buah delima ini sepatutnya 10 bukan 9, kerana janjiNya...setiap satu kebaikan itu akan dibalas 10..."Sambil tersenyum, Suffian mengeluarkan sebiji lagi buah delima dari saku bajunya...."Wahai Suffian, adapun tujuan kamu mengambil sebiji delima itu adalah untuk mengujiku...bukan untuk dirimu.." Begitulah tingginya ilmu Saidina Ali...dan Allah telah menjanjikan setiap kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan setimpal..
Ini apa yang saya ingat je..kalau salah mintak perbetulkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


Ini kisah yg hampir sama tapi sedikit berbeza:
ReplyDeletehttp://aboutmiracle.wordpress.com/2009/05/05/sayidina-ali-dan-sepuluh-buah-delima-dari-syurga/#more-1677
Dikisahkan oleh Ka’ab bin Akhbar.
Ketika Siti Fatimah Az Zahra, Puteri Rasulullah SAW, sekaligus istri kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali, ” Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?”
“Wahai Suamiku, aku ingin buah delima”, Jawabnya.
Sayidina Ali termenung, sebab ia merasa tidak memiliki wang sedikitpun. Namun, ia segera berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham. Maka akhirnya Sayidina Ali mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi ke pasar untuk membeli buah delima dan segera kembali pulang.
Namun di tengah perjalanan menuju rumahnya, tiba-tiba ia melihat seseorang yang tengah terbaring sakit di tepi jalan, maka Sayidina Ali pun berhenti dan menghampirinya.
“Wahai orang tua, apa yang diingini oleh hatimu?”, tanya Sayidina Ali.
“Wahai Ali, sudah lima hari aku terbaring sakit di tempat ini, banyak orang berlalu, namun tak ada seorang pun dari mereka yang mahu peduli kepadaku. Aku ingin sekali makan buah delima.” Jawab orang tua tersebut.
Mendengar jawabannya, Sayidina Ali terdiam, sambil berkata dalam hati,
“Buah delima yang hanya satu buah ini, sengaja telah aku beli untuk Isteriku, kalau aku berikan kepada orang ini, pasti Fatimah akan sedih. Namun jika tidak aku berikan ertinya aku tidak menepati firman Allah,
“Terhadap si pengemis, engkau janganlah menghardiknya. ” (QS. Al-Dhuha : 10).
Juga sabda Nabi SAW, ” janganlah sekali-kali engkau menolak pengemis, sekalipun ia di atas kenderaan”.
Maka kemudian Sayidina Ali membelah buah delima itu menjadi dua bahagian, separuh untuk orang tua itu dan separuh lagi untuk Siti Fatimah.
Sesampai di rumah ia menceritakan peristiwa itu kepada Isterinya, dan Siti Fatimah berkata kepadanya,
“Wahai Suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan Maha Agung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu.”
Mendengar kenyataan Isterinya itu Sayidina Ali merasa sangat gembira.
Tidak lama kemudian datanglah seorang tamu yang mengetuk pintu, lalu Sayidina Ali berkata, “Siapakah tuan?”
“Aku Salman Al Farisi,” Jawab orang yang mengetuk pintu itu.
Setelah pintu dibuka, Sayidina Ali melihat Salman membawa sebuah wadah tertutup, dan diletakkkan di depan Sayidina Ali, lalu Sayidina Ali bertanya,
“Dari manakah wadah ini wahai Salman ?”.
“Aku menghantarkannya untukmu dari Allah SWT melalui perantaraan Rasulullah SAW.” Jawabnya.
Setelah penutup wadah tersebut dibuka, terlihat di dalamnya ada Sembilan buah delima. Sayidina Ali terus berkata,
“Wahai Salman, jika ini memang untukku, pasti jumlahnya Sepuluh”.
Lalu ia membacakan firman Allah SWT,
“Barangsiapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amalnya ( balasannya )”. ( Al-An’am : 160 )
Salman pun tertawa mendengarnya, sambil mengembalikan sebuah Delima yang ada ditangannya, seraya berkata,
“Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana KEYAKINANMU terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi.”