Islamic Widget

Thursday, March 10, 2011

Aduhai Mereka....

Aduhai mereka.......
Mana akal mana budi bicara,
Alim ulama dikata gila power,
Diri sendiri ilmu takat mana...

Aduhai mereka.....
Tak nampakkah di mata kepala,
Adakah rumahnya nilai berjuta,
Adakah hartanya bergalung kira,
Adakah jalannya mendombak dada,
Adakah katanya berisi dusta,
Adakah harinya berlalu saja...,

Bicaranya mengajak cuma,
Jalan lurus tuntutan agama,
Zuhud idupnya diccaci juga...
Aduhai mereka....

Sayu hati mendengar hina,
Dia cuma insan beragama,
Idup mati kerana Tuhannya,
Pilih politik sebagai salurannya,
Tiada niat untuk menyakiti sesiapa,
Hanya tanggungjawab diri sendiri...berkata..
PIMPINLAH MEREKA...tika terdaya,
Belum tiba ajalnya....
Selagi itu dia redha...

Aduhai mereka...
Takat mana ilmu didada,
Dikata, didomba dikeji dicela,
Itu semua kerana apa,
Mengagung pemimpin yang tarafnya sama,
Hanya iman membezakan kita,
Dibutakan mata dirosakkan jiwa,
Ulama dipandang hina sahaya,

Sedarkah mereka,
Berapa harta pemimpin mereka,
Betapa kaya kerabat segala,
Lama mana mereka berkuasa,
Banyak mana rakyat menderita...

Aduhai mereka,
Sedihnya baca,
Insan biasa dimaki di cerca,
Ni yang malas baca berita,
Takde satu yang masuk kepala,
Semua mengarut senak jiwa,

Aishh...luahan jiwa,
Tido lagi elok ler...

No comments:

Post a Comment